Bahasa Jiwa Bangsa.. Sajak, Syair, Seloka, Pantun dsb.
walaupun musnah harta dan benda,
harga diri janganlah jatuh,
binaan pertama walaupun runtuh,
kerja yang baru mulailah pula.
tahan haus tahanlah lapar,
bertemu sulit hendaklah tentang,
memohon-mohon jadilah pantang,
dari mengemis biarlah terkapar.
(Nikmat Hidup.. Hamka)
benang dengan tajuk ini.. sebagai satu kesinambungan kepada perkongsian dan perbincangan pendapat tentang Bahasa dalam kehidupan seharian kita terutama dalam hubungan kita dengan Tuhan dan sesama manusia.
mari.. kita kongsikan apa sahaja yang berunsurkan Resam Melayu
benang = thread)
yang kurik kendi
yang merah saga
yang cantik budi
yang indah bahasa
ini.. Sajak Bahasa.. yg saya pernah baca dan yg saya nk kongsikan itu kt benang Antara Cinta, Kasih dan Sayang:
Sajak Bahasa
semua bahasa daripada Allah
jibrail qalammullah
Muhammad Rasulullah
manusia semuanya hamba Allah
semua jadi satu
satu jadi semua
berbakti kepada Allah
beriman kepada Rasulullah
manusia
asalmu logam
bahasamu seragam
jauhilah takbur dan ragam
asuhi bahasamu supaya subir
didiklah bahasamu supaya jangan
takbur
ingatlah kau kan masuk kubur
bahasa itulah qalam
bahasa itulah budi
bahasa itulah amalan
bahasa itulah kelakuan
bahasa itulah yang akan
menyelamatkan kamu
bahasa itulah jua yang
mencelakakan kamu
bahasa, bahasa yang ada pada
dirimu
kau memohon dengan bahasa
kau memberi perintah dengan
bahasa
kau bercumbu dengan bahasa
bahasa itulah ibadatmu
bahasa itulah budi
jangan bahasa mu jadi keji
jangan bahasamu rugi
faedahnya neraka tempat mu
tinggal
pada hal syurga tujuan bahasa mu
yang asal
pilihlah mana satu
budi baik atau budi keji
bahasa untung atau bahasa rugi
manusia tanggung nasib sendiri
di akhirat jangan menyesal lagi
budi itu adalah hati
bahasa itulah hati
rupanya boleh dilihati
apabila berlaku budi dan bahasa
itulah kenyataan seseorang
baik atau buruk hatinya
setelah berbahasa dan berbudi
kata-kata manis yang berlawan
dengan bahasa sopan
kata-kata kotor yang berlawan
dengan budi
itulah nilainya manusia
kerana itulah dia hatinya
yang dipandang Tuhan kepadanya
heavy stuff nih.
alah.. ringan2 pun boleh.
pat pat nya
siapa cepat dia punya.
Janji itu tak mesti dikota kerana terbitnya hanya dari bibir.....
Mana betul?
DEMI BANGSA DAN AGAMA
=== ATAU ===
DEMI AGAMA DAN BANGSA
Dulu2 orang akan sebut Demi Agama dan Bangsa..
Now je orang sebut Demi Negara, bangsa dan Agama..
Dulu orang mengutamakan agama kerana itu bangsa bersatu
Sekarang orang mengutamakan bangsa so agamanya hancur....
Tak larat nak pikir apa pagi ni...
sedekah 'sengeh' je la... dapat pahale gak ye? hehe..
err maz.. yg saya tahu.. surat-menyurat.. sequence nya mesti demi agama, bangsa dan negara.
janji.. dh disebut.
selagi tidak ditunaikan.. kekal lah sebagai janji.
aiseyman!
Janji itu tak mesti dikota kerana terbitnya hanya dari bibir.....[image]
-ubi
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak hati antara hati,
Pada hatimu, abang terpikat..
saya pun lum ada idea lagi, tumpang lalu dulu sambil senyum mcam keen lah yer..
sy pun tarak idea......